mahathir
Dr Mahathir Mohamad

PERSETERUAN antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya tidak perlu diperkenalkan kepada umum lagi.

Hal ini selepas kedua-dua bekas pemimpin negara itu sering kali serang-menyerang secara ‘verbal’ antara satu sama lain.

Walaupun baru-baru ini Tun Mahathir baru sahaja keluar daripada hospital, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang ‘pergaduhan’ antara dua pemimpin berkenaan.

Terbaharu, Tun Mahathir menerusi akaun Twitter miliknya memuat naik surat kedua buat rakyat Johor, yakni sebagai satu daripada kempen dalam pilihan raya negeri (PRN) tersebut.

Tun Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) berkata, kebangkitan Najib dalam arena politik negara perlu disekat demi kemaslahatan rakyat Malaysia.

“Jika Najib kembali berkuasa, negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat dari kluster mahkamah untuk disamun serta dirompak.

“Surat khabar luar negara menggelarnya ‘Plundering Idiot’, dalam bahasa Johor saya percaya bermaksud penyamun tongong.

“Saya akan terus ratib nama Najib ataupun sesiapa sahaja yang cuba untuk merosakkan negara dan menipu rakyat,” katanya hari ini

Baca artikel berkaitan: Alhamdulillah, saya telah pulih – Tun Mahathir

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai sebarang dendam peribadi terhadap Najib seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Bahkan katanya, beliau menyokong pelantikan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkuasa.

Katanya, beliau ketika itu percaya yang Najib layak menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri selain mempunyai rasa terhutang budi terhadap bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.

“Malangnya Najib bukan seperti bapanya. Tun Razak adalah seorang nasionalis dan pejuang bangsa bermaruah.

“Najib pula curi harta negara dengan bantuan Jho Low,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram