ENGGAN terus membiarkan dirinya difitnah dan dikecam, bekas menantu Cef Wan iaitu Shikin Maembong tampil menafikan tuduhan yang tidak berasas terhadap dirinya.

Shikin yang merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong dan Chacha Maembong itu menempelak kenyataan Cef Wan yang mendakwa telah menaja sepenuhnya perbelanjaan perkahwinannya bersama bekas suami, Cef Riz.

Sebaliknya menurut Shikin, dia dan Riz pernah menjalankan bisnes bersama dan menggunakan 100 peratus hasil pendapatan tersebut untuk majlis perkahwinan mereka.

“Sebenarnya masa kahwin dengan bekas suami saya, duit perkahwinan kami 100 peratus adalah duit sendiri.

“Ketika itu saya dan bekas suami buat perniagaan Elken. Kita kumpul duit dan kahwin menggunakan duit sendiri.

“Memang 100 peratus duit sendiri, tiada satu sen pun guna duit bapa mentua saya.

“Apa yang dia ‘post’ adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” ujar Shikin menenerusi Instagam Story miliknya.

Sebelum ini, Cef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail telah berkongsi ada menerima surat tuntutan daripada peguam yang mewakili Shikin hanya kerana tindakannya menegur serta menasihati tentang hak penjagaan cucu perempuannya.

Difahamkan juga, surat malu tersebut turut dibuat berikutan Cef Wan berkongsi isu rumah tangga bekas menantunya dengan Riz dan menjadi bahan tontonan masyarakat.

Sementara itu, menurut Shikin, dia terpaksa menjelaskan perkara sebenar selepas dihujani dengan pelbagai kutukan dan pandangan sinis daripada netizen terhadap dirinya.

“Saya ini bukan sejenis yang suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi saya dekat Instagram.

“Tetapi memandangkan keadaan memaksa saya kerana ramai yang komen bukan-bukan dekat saya,” ulasnya.

Untuk rekod, Riz,40, berkahwin dengan Shikin atau Situ Nur’Ashikin Ismail ada Disember 2014 dan sah bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan, mereka memiliki anak perempuan, Putri Arianna Natasya yang berusia tujuh tahun.

Sebelum berkahwin dengan Shikin, Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia namun bercerai pada Disember 2012.

Terkini, Riz sekali lagi berkahwin dengan wanita bernama Nurul pada Januari lalu.