Kapten Kenny (atas) dan Pegawai Pertama Muhamad Firdaus.

JIKA Qatar Airways ada Kapten Khalifa Al Thani yang berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ketika cuaca buruk akibat ribut Eunice di London, apa kurangnya juruterbang Malaysia Airlines yang turut “touch down” dengan selamat dalam situasi sama.

Malah rakaman kapal terbang Malaysia Airlines MH4, yang turut disiarkan secara langsung oleh Big Jet TV pada 18 Februari lalu mendapat pujian netizen negara ini selepas melihat pesawat itu mendarat dengan “sempurna” walaupun berdepan situasi angin kencang.

UtusanTV yang berkesempatan menghubungi pihak Malaysia Airlines berjaya memperoleh maklumat mengenai siapa gerangan juruterbang yang mengemudi pesawat Airbus A350-900 XWB itu.

Menurut Malaysia Airlines penerbangan yang berlepas pada pukul 9.05 pagi waktu tempatan itu dijadual mendarat pada pukul 4.20 petang waktu London dikendalikan oleh Kapten Low Boo Keng dan Pegawai Pertama Muhamad Firdaus Mohd Sharif.

Baca artikel berkaitan: BATC 2022: Keluarga Malaysia bangga kejayaan skuad negara – PM

Kata Malaysia Airlines, Boo Keng atau mesra disapa sebagai Kenny merupakan anak jati Kedah, berusia 53 tahun yang memiliki pengalaman penerbangan selama 31 tahun.

Sementara itu, turut membantu Kenny di kokpit, Muhamad Firdaus, 33, merupakan orang Shah Alam, Selangor.

Muhamad Firdaus memiliki 12 tahun pengalaman.

Media sosial sejak semalam kecoh menyaksikan pendaratan yang dilakukan oleh kapal terbang dari pelbagai negara ketika berhadapan dengan cuaca buruk disebabkan ribut Eunice.

Lebih 200,000 orang menyaksikan pendaratan kapal terbang penumpang menerusi siaran langsung di saluran YouTube yang dikendalikan oleh seorang penerbit Big Jet TV, Jerry Dywer ketika beliau berdiri di dalam sebuah van di sebuah landasan terbang di lapangan terbang tersebut.

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 175 penumpang itu turut mendapat pujian daripada Jerry sendiri.

Beliau memuji kecantikan pesawat tersebut yang jelas sekali memaparkan bendera Jalur Gemilang pada bahagian belakang pesawat.

Video pendaratan itu turut dikongsi di laman TikTok UtusanTV yang sehingga kini ditonton 300,000 kali dan turut mendapat 20,000 tanda suka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram