Silibus tahun satu yang didakwa tinggi aras pemahaman dan tidak selaras dengan pemikiran murid-murid sekolah rendah terus menjadi kebimbangan ibu bapa yang risau akan anak-anak terus ketinggalan dalam pelajaran.
Jelas Dr Othman Talib, soalan berbentuk pemikiran abstrak dan pemahaman berayat belum sesuai untuk diaplikasikan untuk murid tahun satu. Malah murid yang masih ‘merangkak’ untuk membaca dipaksa memahami soalan aras tinggi ini hanya akan memberi isyarat bahawa mereka berada dalam kelompok tidak pandai.
Ikuti perkongsiannya.

“Soalan dari M Salehin Salleh
Ni Tahun 1 Dr OT. Balik rumah my daughter asked me.. How to answer this question?
Jawapan saya:
1. Pada hemat saya, soalan ini tidak sesuai untuk Tahun 1 yang pemikiran mereka belum boleh digest sesuatu yang abstrak. Pemikiran abstrak adalah pemikiran yang boleh memahami suatu konsep yang tiada kaitan secara lansung dengan sesuatu objek yg bersifat fizikal atau pengalaman yang telah dilalui oleh murid.
2. Pengalaman orang dewasa yang dianggap ‘pakar’ aka guru aka penggubal yang bertahun2 terlibat dgn perkara sama menjadikan sesuatu yang semudah ABC tetapi tidak mampu difikirkan oleh murid Tahun 1.
3. Di sinilah EMPATI orang dewasa secara umumnya ‘zero’ seolah2 murid Tahun 1 tersebut hanya akan mengadap SATU subjek sahaja dan boleh berfikir sebagaimana mereka yang dah dewasa. Semua ini menyukarkan guru, ibubapa dan memberikan wajah hodoh maths kepada murid. ‘Pakar’ Maths jika diminta menjawab soalan subjek Sains wpun Tahun 1, mungkin juga gagal.
4. Selain abstrak, pemahaman soalan berayat juga suatu yang asing bagi murid. Murid Tahun 1 (yang dah boleh membaca dengan baik) pun berfikir pada SATU aras sahaja spt ‘Berapa berat 5 durian, jika sebiji durian beratnya 1 kilogram ?’
5. Soalan dalam foto (TP6)
Soalan 1 :
Konsep spt dalam soalan ‘berapa bilangan jarum’ adalah perkaitan abstrak kerana wujudnya konsep ‘gandaan’ yang melibatkan jarum, pensel dan ukuran panjang papan sekali gus. Soalan ini sesuai setelah semua murid menguasai 3M.
Soalan 2 :
Soalan ini kabur bila ditanya ‘bilangan cawan’. Ada hajat nak buat soalan TP6, tapi penggubal pun tak capai TP6 dalam buat soalan. Soalan sepatutnya ditulis ‘Berapakah bilangan cawan yang mengandungi air yang diperlukan untuk mengisi dua kotak air ?’
Sama juga dengan konsep isi padu, yang murid mungkin tiada pengalaman menggunakannya diikuti dengan konsep ‘gandaan’ yang dikaitkan dengan isipadu cawan dan isipadu kotak, yang abstrak dalam soalan bagi murid Tahun 1.
6. Aku tak fikir semua murid akan faham soalan-soalan di atas, apatah lagi nak menyelesaikannya. Bila murid tidak faham soalan kerana bukan itu bahasa yang biasa mereka berpengalaman dengannya seawal Tahun 1, maka jadilah Maths subjek yang dirasai susah oleh murid. Bayangkan murid yang masih merangkak utk membaca, soalan begini tidak ada makna bagi mereka. Soalan2 spt ini hanya memberi insyarat bahawa murid tersebut berada dalam kelompok ‘bodoh’.
7. Semua ini dibuat bagi menjustifikasikan TP1 – TP6, sesuatu yang tiada keperluan di Tahun 1, yang mana asas 3M perlu diperkukuhkan terlebih dahulu. Lupakan sahaja TP1-TP6 di tahap pengenalan ini…
8. Ini antara sebab wujudnya pendekatan CPA (Concrete, Pictorial, Abstract) yang dipelopori oleh Singapore. Mereka bermula dgn idea harian yang simple dan konteksual secara concrete (tangible) menggunakan objek yang lazim bagi murid Tahun 1. Maka buku teks Year 1 mereka dipenuhi dengan gambar konkrit spt buah dan binatang.
9. Selepas dibiasakan dgn bentuk objek yang concrete, barulah diperkenalkan pictorial, dalam bentuk illustrasi, seperti bulatan, garisan dan bar di Year 2. Dari sini barulah sedikit sedikit mereka beranjak ke soalan yang abstrak dengan aplikasi CPA.
OT.”
Sumber : Othman Talib