KEDUTAAN Besar Malaysia di Kiev berusaha memindahkan 11 lagi rakyat Malaysia yang ketika ini masih berada di Ukraine, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam ciapan di Twitter, Ismail Sabri berkata, kerajaan dukacita dengan perkembangan yang berlaku di Ukraine ketika ini.
Menurut beliau, keutamaan kerajan pada masa ini adalah memastikan Keluarga Malaysia negara berkenaan berada dalam keadaan selamat.
“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kiev kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk rakyat Malaysia sebelum mereka dapat pulang ke tanah air.
“Saya dimaklumkan bahawa terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, 12 orang telah pulang ke tanah air manakala 11 oang masih di sana.
“Malaysia berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan Rusia dapat segera dicapai seterusnya berjaya menyelesaikan konflik tersebut,” katanya dalam ciapan tersebut, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Bom Rusia gegar Ukraine, perang sudah bermula
Presiden Rusia, Vladimir Putin awal pagi ini mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine yang menandakan perang sudah bermula.
Dalam ucapannya menerusi televisyen, Putin berkata, penduduk Donbas meminta bantuan Rusia, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita TASS.
“Sehubungan itu…saya memutuskan untuk melaksanakan operasi ketenteraan khas,” katanya.
Putin berkata, matlamat operasi itu “demi melindungi rakyat yang dianiayai serta daripada pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Kyiv selama lapan tahun”.
Susulan pengumuman Putin, beberapa siri letupan kuat dilapor menggegarkan ibu negara Ukraine, Kyiv dan bandar Kramatorsk.
Pejabat Presiden (Kremlin) pada Rabu memaklumkan, pemimpin puak pemisah di timur Ukraine sebelum ini telah meminta bantuan Putin untuk menyekat pencerobohan tentera Ukraine.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram