SEBANYAK 10 orang awam dan 40 tentera dilapor terbunuh selepas Rusia mula membedil beberapa bandar di Ukraine sejurus Vladimir Putin memberi lampu hijau bagi melakukan serangan awal hari ini, lapor Reuters.
Sementara itu, AFP turut melaporkan pihak Ukraine mendakwa berjaya membunuh kira-kira 50 tentera Rusia, tetapi tidak memberikan sebarang butiran terperinci.
Dalam pada itu media Ukraine, portal ekspres.online pula melaporkan angka kematian yang serupa dengan mengatakan lebih 40 orang awam dan tentera terkorban akibat serangan besar-besaran Rusia.
Laporan itu turut menyebut tujuh pesawat Rusia, beberapa kereta kebal, dua helikopter dan berpuluh-puluh peralatan ketenteraan musnah.
Dalam siri serangan Rusia awal hari ini satu letupan besar kedengaran di ibu negara Ukraine, Kyiv manakala sekurang-kurangnya dua letupan kuat menggegarkan bandar Kramatorsk di wilayah Donbas pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Bandar Kramatorsk kini menjadi tumpuan media asing untuk mengikuti perkembangan terkini di wilayah itu.
Letupan juga dilaporkan berlaku di bandar Kharkiv, Mariupol, Mykolaiv dan Odessa.
Menurut pihak berkuasa tempatan Ukraine, “serangan sudah bermula,” dan letupan itu didakwa berpunca daripada “serangan peluru berpandu”.
Baca artikel berkaitan: Bom Rusia gegar Ukraine, perang sudah bermula
Kenyataan rasmi mengenai penempatan tentera Rusia di wilayah yang dikawal puak pemisah pro-Rusia masih belum diperoleh.
Terdahulu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas akan dilaksanakan di Donbas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram