Antara peserta yang menyertai kejohanan IPSC PDRM 2022 yang dianjurkan KMSS berlangsung di Lapang Sasar KMSS, Putrajaya sebelum ini.

SERAMAI 682 penembak menyertai Kejohanan Konfiderasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 yang bermula 21 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, jumlah penembak itu adalah terbahagi kepada 141 pasukan yang datang dari seluruh negara.

Menurut Hazani, daripada jumlah berkenaan, terdapat 41 pasukan wanita yang turut bersaing dalam kejohanan tersebut.

“Saya kira kejohanan kali ini adalah yang terbesar dianjurkan pada tahun ini dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada IPSC Malaysia.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani yang telah banyak membantu menyediakan kemudahan di tempat pertandingan ini.

Antara peserta yang menyertai kejohanan IPSC PDRM 2022 yang berlangsung di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya hari ini.

“Dalam IPSC PDRM 2022, terdapat 16 peringkat buat penembak-penembak yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Kejohanan IPSC PDRM 2022 yang berlangsung di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya hari ini.

Baca artikel berkaitan: Program Kayuh Pelan-Pelan tarik 1,000 pengunjung

IPSC PDRM 2022 yang bermula 21 Februari lalu akan berakhir pada 27 Februari ini di lokasi yang sama.

Menurut Hazani, terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Piala Pengarah KDNKA, Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM.

Mengulas lanjut, Hazani berkata, beliau telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk mendaftarkan IPSC dalam jadual Sukan Negara.

Melihat kepada sambutan kejohanan menembak itu, Hazani juga berharap untuk menganjurkan pertandingan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Pada tahun akan datang, kita akan menjemput negara-negara luar untuk menyertai pertandingan IPSC di Malaysia.

“IPSC ini adalah praktikal menembak, jadi bagi pasukan keselamatan dan penguatkuasa yang menyertai kejohanan ini boleh memahirkan diri untuk menembak.

“Yang paling penting adalah pengendalian senjata api dan keselamatan selain kelajuan, ketepatan serta strategi yang diguna pakai dalam pertandingan ini,” katanya.

Bermula 21 Februari hingga 27 Februari, tiga kategori telah dipertandingkan dalam IPSC PDRM 2022 iaitu Piala Pengarah KDNKA, Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM.

Keseluruhan penembak yang menyertai pertandingan hari ini adalah seramai 682 orang.

Sementara itu, mengulas mengenai lokasi pertandingan, Shafiz berkata, pihaknya telah mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyediakan segala kemudahan buat para peserta.

Dato’ Sri Shafiz Shahrani turut menyertai pertandingan IPSC PDRM 2022.

Katanya, beliau merancang untuk menambah lagi bilangan lurah-lurah menembak selain membina lebih banyak kemudahan asrama dan dewan makan.

“KMSS ini telah mula dibina sejak 2019 lagi dan apabila Covid-19 melanda negara, kita tidak dapat beroperasi dengan aktif.

“Jadi bermula 2022, kita dah mula menganjurkan sukan menembak. Kita akan menganjurkan lebih banyak pertandingan dan latihan sukan menembak khususnya bagi Putrajaya serta Malaysia, amnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram