hadi awang
Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PAS berpuas hati dengan 15 kerusi yang diagihkan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. 

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pembahagian kerusi itu dicapai menerusi perbincangan sesama parti dalam PN. 

Abdul Hadi turut berharap PN akan memenangi lebih banyak kerusi dalam PRN Johor kali ini. 

Kata beliau, PN yang diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) diharap dapat menarik sokongan rakyat Johor berdasarkan pertambahan undi yang diperoleh gabungan berkenaan pada PRN sebelum ini.

“”Di Melaka, UMNO dapat undi asal dia saja, tak dapat undi baru (hanya) naik satu peratus (sedangkan) kita meningkat.

“Undi Pas meningkat, undi PN, Bersatu meningkat dalam pilihan raya negeri di Melaka, di Sarawak naik sehingga DAP pun kalah di Sarawak.

“Itu perubahan yang berlaku jadi kita harap Johor akan berlaku perubahan lagi, ” katanya seperti dilapor BH Online. 

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Tanding di 6 DUN, tak guna lawan banyak kerusi tapi tak menang – Shafie

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, hari ini. 

Ketika ditanya mengenai pertembungan kerusi antara Pas dan UMNO dalam PRN Johor, Abdul Hadi berkata, pihaknya akan bertanding secara adil.

“Oleh kerana UMNO tak tarik diri, kita terpaksa lawan (dan) kita bertanding atas Perikatan Nasional,” katanya.

Semalam, PN mengumumkan akan menampilkan 41 muka baharu dengan 19 daripada keseluruhan calon berusia di bawah 40 tahun bagi menghadapi PRN Johor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu akan meletakkan calon di 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala 15 calon bagi Pas termasuk satu calon bukan Islam. 

Kata beliau, Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) pula akan meletakkan calon di lapan kerusi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram