Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi akan mewakili BN di DUN Rengit dalam PRN Johor, kali ini.

CALON Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, dia menerima kritikan dan tohmahan keberadaannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Katanya, bukan itu yang menjadi tumpuannya, sebaliknya kemenangan dan berkhidmat selepas itu menjadi fokus utamanya pada PRN ini.

“Ada orang mengatakan saya sepatutnya bertanding di Parlimen sebab saya pernah menjadi Ahli Parlimen, Tetapi saya mahu mengubah persepsi. Apa yang penting, saya mahu menjadi wakil rakyat yang benar-benar efektif, berbakti dan berkkhidmat, serta yang terbaik dalam kalangan yang baik,” katanya selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Makmur Rengit, Johor, hari ini.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, beliau mahu menjadi wakil rakyat yang komited dan bersedia memberikan khidmat pada bila-bila masa kepada rakyat.

”Bukan soal jawatan bila kita bertanding semasa menjadi ahli Parlimen atau menjadi Menteri. Pada saya itu bukan yang sepatutnya ada dalam fikiran wakil rakyat. Saya bukan mengutamakan status sebab wakil rakyat tiada soal dua darjat.

”Maksudnya, kalau bertanding sebagai ahli Parlimen, ia lebih tinggi dan jika bertnding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ia lebih rendah,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Marina Ibrahim gementar galas kepercayaan DAP

Mengenai potensi menang dalam PRN ini, Mohd. Puad menegaskan “sudah tentu saya yakin akan menang dan tentulah berusaha untuk menang. Masuk gelanggang, kita mesti yakin dan berusaha menang.”

Katanya, wakil rakyat BN komited dan penyandang dahulu Ayub, telah memberikan khidmat terbaik.

Ditanya mengenai pencabarnya pada PRN ini dari Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), beliau berkata, cabaran tetap ada dan beliau akan pastikan medium media sosial dan mendekati pengundi menjadi focus utamanya dalam kempen kali ini.

Pada PRN ini menyaksikan pertandingan empat penjuru di mana Mohd Puad akan dicabar calon PN, Mohd Huzair Lajis; Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir dari Pejuang dan calon PH yang diwakili PKR, Khairuddin A. Rahim.

Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat menggantikan penyandang DUN berkenaan, Ayub Jamil yang sebelum ini merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Beliau kali terakhir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat, tetapi tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,524 undi.

Mohd Puad tidak dicalonkan di kerusi sama pada PRU-14 dan digantikan dengan Ketua Wanita Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram