AGENSI-agensi penyelamat telah digerakkan sejak semalam bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail berkata, beliau menerima laporan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu terutamanya di Hulu Terengganu ditimpa musibah banjir yang teruk.
“Sejak semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi menyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, ATM dan Angkatan Pertahanan Awam telah dikerahkan bagi kerja-kerja memindahkan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.
“Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas bagi memastikan proses evakuasi mangsa berjalan lancar. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia juga telah diatur gerak membantu mangsa di kedua-dua negeri.
BERITA BERKAITAN [VIDEO] Banjir: 100 penduduk berlindung di dalam surau lebih 6 jam
Menerusi kenyataan di laman Facebook, Ismail Sabri memaklumkan supaya mangsa-mangsa banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.
“Kepada mangsa banjir, ikuti langkah-langkah keselamatan dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau tempat yang selamat untuk keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Menurut Ismail Sabri, beliau juga akan memastikan bekalan makanan mencukupi untuk semua mangsa yang ditempatkan di PPS.
“Saya juga telah mengarahkan NADMA untuk memastikan kit makanan mencukupi di PPS selain Kementerian Kesihatan turut membantu dalam memastikan pencegahan penularan Covid-19 dilaksanakan di pusat pemindahan.
“Sama-sama kita doakan agar keadaan banjir segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing,” jelasnya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi Perak, Kelantan dan Terengganu.
Menerusi ciapan di akaun rasminya di semua laman sosial, MetMalaysia menjelaskan cuaca buruk dijangka melanda lima negeri iaitu di daerah Hulu Perak, Perak; daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram