Sedapnya ayam goreng mayonis ni. Cara penyediaannya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN:
500 gm isi ayam – potong dadu
1 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar – hiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos tomato
Sedikit tepung
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

BAHAN KISAR
2 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
3 cm halia

CARA:
1.Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit, tepung dan garam secukup rasa.
2.Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga masak. Ketepikan.
3.Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama sehingga naik bau.
4.Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
5.Masukkan sos tomato, mayonis dan garam secukup rasa.
6.Selepas itu masukkan ayam dan gaul sebati.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram