
KONVOI untuk memindahkan sembilan rakyat Malaysia beserta dua tanggungan mereka dari Kiev, Ukraine kini selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi akaun Twitternya berkata, turut dipindahkan dalam konvoi tersebut ialah seorang warga Singapura yang turut berada di Kiev.
“Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Malaysia di Poland.
“Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat,” katanya hari ini.
Terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev.
Seramai 12 orang telah pulang ke tanah air manakala 11 oang masih di sana.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram