saifuddin
SAIFUDDIN ABDULLAH

RAKYAT Malaysia yang terkesan dengan banjir di Queensland, Australia telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di wilayah tersebut hari ini.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, pihaknya menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra kini sedang memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di Queensland ketika ini.

“Hal ini selepas hujan lebat melanda wilayah tersebut sejak 25 Februari lalu sehingga menyebabkan banjir.

“Begitupun pihak berkuasa tempatan telah memindahkan mereka ke pusat perlindungan sementara di wilayah itu,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Saifuddin ketuai delegasi Malaysia ke sesi pemukiman menteri-menteri luar ASEAN di Kemboja

Mengulas lanjut, Kementerian Luar Negeri turut menasihatan rakyat Malaysia di Queensland supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan di sana dari semasa ke semasa.

Katanya, rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan @MYHCCanberra melalui telefon atau e-mel:
+61261 200 300/310
+61416 334 901

[email protected]

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi ciapan di Twitter menambah, terdapat 348 rakyat Malaysia yang berdaftar di Queensland termasuk sekitar 200 pelajar.

Katanya, setakat ini, seramai 75 orang pelajar di bawah pelbagai agensi telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di University of Queensland manakala 35 orang pelajar sedang dipindahkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram