Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Zazali Haron menandatangani plak Ikrar Integriti CBP disaksikan Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi (Kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar (Kanan) semasa Majlis Ikrar dan Pengukuhan Integriti Anggota Lembaga, Pengurusan dan Warga Kerja CBP di Putrajaya baru-baru ini.

GERAKAN Koperasi digesa untuk mengambil langkah proaktif bagi memperkukuh integriti kewangan dan keseluruhan operasi dalam negara.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron berkata, perkara itu bagi melahirkan koperasi yang sihat, bebas rasuah dan berintegriti tinggi pada akan datang.

“Inisiatif ini juga bagi membolehkan gerakan ini menghadapi cabaran industri kewangan koperasi di alaf baharu selaras dengan visi masing-masing.

“Kira-kira 14,629 koperasi di negara ini turut disarankan untuk mengikut jejak Co-op Bank (CBP) Pertama, untuk mewujudkan lanskap gerakan koperasi sihat dan progresif tanpa rasuah menerusi Majlis Ikrar dan Pengukuhan Integriti Anggota Lembaga, Pengurusan dan Warga Kerja CBP baru-baru ini.

“Inisiatif ini bagi pemantapan sistem perundangan dan struktur governan bagi memperkasakan koperasi sebagai pemangkin (catalyst) kepada pertumbuhan sosio-ekonomi yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan.

“Koperasi perlu komitmen untuk membudayakan integriti dalam organisasi perbankan itu apabila melafazkan dan menandatangani ikrar bebas rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kerjasama koperasi boleh bantu stabilkan harga barang – PM

Mengulas lanjut, Zazali berkata, seluruh warga kerja koperasi akan terus meletakkan agenda peningkatan integriti sebagai keutamaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Katanya, langkah itu secara tidak langsung menyokong kerajaan membanteras gejala rasuah bermula daripada peringkat organisasi sendiri.

“Kakitangan koperasi harus menekankan beberapa perkara termasuk menolak penipuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan profesional dalam melaksanakan amanah serta tugasan seharian.

“Bersama-sama menyemai benih integriti di dalam pelaksanaan program berkaitan integriti.

“Kita juga perlu melaporkan unsur rasuah atau salah laku rakan sekerja kepada pihak pengurusan supaya siasatan dalam dilaksanakan,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra