
SEORANG kanak-kanak istimewa yang dipercayai hiperaktif terpaksa menahan sakit apabila badannya tersangkut di dalam bahagian pengering mesin basuh ketika sedang bermain di rumahnya di Taman Hassan, Sungai Udang, Klang hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 petang dan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer (km).
Menurutnya, seramai enam anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar tiba di rumah mangsa pada jam 2.14 petang untuk menjalankan operasi menyelamat.
“Sebaik tiba, anggota mendapati seorang kanak-kanak istimewa (hiperaktif) berumur enam tahun tersangkut di dalam tempat pengering mesin basuh sehingga paras bawah ketiak.
“Anggota kemudian membawanya keluar yang mengambil masa 15 minit,” katanya dalam satu laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, mangsa diperiksa terlebih dahulu terutama di kaki bagi memastikan tiada kecederaan.
Katanya, dia kemudian diserahkan kepada bapanya dan operasi khidmat khas ditamatkan sejurus itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram