MOHAMAD HASAN./ Gambar fail

UMNO tetap akan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen jika sampai pada waktunya walaupun kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. 

Memetik laporan portal Free Malaysia Today, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, andaian bahawa UMNO hanya akan mendesak supaya Parlimen dibubarkan lebih awal jika menang besar pada PRN Johor sama sekali tidak benar. 

Menurut Mohamad, Ismail Sabri selaku ahli UMNO perlu akur untuk membubarkan Parlimen sekiranya parti itu mendesak berbuat demikian. 

“Bukan kalau menang, soalnya Umno boleh desak atau tak Perdana Menteri (bubar Parlimen adakan PRU), jawapan saya boleh.. sama ada diguna pakai atau tidak itu terpulang kepada Perdana Menteri, ia tidak berasaskan menang atau tidak (PRN Johor),” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Balai Islam Bongsu Sepadu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Machap bersama calon BN, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Tok Mat tepis naratif kluster mahkamah, BN menang di Melaka pun tak beri kesan kes

Mengulas lanjut, Mohamad atau Tok Mat berkata, sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan pembubaran Parlimen, maka secara konvensyennya Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan. 

“Umno boleh desak (bubar Parlimen) atau buat apa sahaja resolusi tapi Perdana Menteri buat keputusan, sebagai pemimpin Umno takkan (Ismail) tak dengar cakap parti.

“Lagi satu kalau Perdana Menteri minta bubar pun tapi Agong taknak tak boleh juga, kalau Agong tak perkenan bermakna Agong tak yakin lagi pada Perdana Menteri dan secara konvensyennya Perdana Menteri kena letak jawatan,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram