SEMUA kebimbangan keselamatan Moscow mesti diambil kira untuk penyelesaian di Ukraine, kata Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin semasa perbualan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, lapor Xinhua.
Putin menegaskan kembali bahawa penyelesaian hanya boleh dicapai jika kebimbangan keselamatan Rusia diambil kira, termasuk “kedaulatan Rusia ke atas Crimea”, serta komitmen negara untuk menyelesaikan tugas-tugas “menjadikan kawasan itu bebas tentera” dan “bebas daripada pengaruh Nazi” Ukraine, dan isu status berkecuali Ukraine, menurut Kremlin dalam satu kenyataan.
Putin berkata Rusia terbuka kepada rundingan dengan Ukraine dan menyatakan harapan agar rundingan itu akan membawa kepada keputusan yang diinginkannya.
“Pihak Perancis menyatakan pandangannya yang sudah diketahui mengenai operasi ketenteraan khas Rusia… dan menyatakan harapan untuk penyelesaian segera konflik menerusi dialog,” kata Kremlin.
Baca artikel berkaitan: Jangan jadikan perang Rusia alasan naikkan harga barang – KPDNHEP
Putin menyebut bahawa angkatan tentera Rusia tidak menyerang tempat-tempat awam, dan tidak menimbulkan ancaman kepada orang awam.
“Sebaliknya, nasionalis Ukraine, yang menggunakan penduduk awam mereka ‘sebagai perisai manusia’, adalah ancaman sebenar,” kata Putin.
Menurut Elysee, Macron meminta Rusia menghormati undang-undang antarabangsa dan melindungi penduduk awam.
“Presiden Perancis menegaskan semula keperluan untuk pelaksanakan segera gencatan senjata,” kata Elysee. Putin dan Macron juga bersetuju untuk terus berhubung dalam beberapa hari akan datang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram