
Terdapat satu kisah yang cukup masyhur tentang pemilihan buroq yang menjadi tunggangan Baginda s.a.w. ketika Israk Mikraj. Allah S.W.T. telah memberikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s. pada malam 27 Rejab
“Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini”
Jibril bertanya, “Ya Allah! Apakah kiamat telah sampai?” Allah berfirman “Tidak wahai Jibril, tetapi pergilah engkau ke Jannatul Buroq dan pilih seekor buroq, bawa kepada kekasih Ku Muhammad”
Kemudian Jibril pun pergi dan melihat 40 ribu buroq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan di wajah setiap buroq terdapat nama Muhammad. Di antara 40 ribu buroq itu, Jibril terpandang pada seekor buroq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibril menghampiri buroq itu dan bertanya,
“Mengapa engkau menangis wahai buroq?
Berkata buroq, “Wahai Jibril! sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya, hingga aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku seperti dibakar api kerinduan”
Berkata Jibril, “Aku akan bawakan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu” kemudian Jibril memakaikan pelana dan tali kekang kepada buroq tersebut dan membawanya kepada Baginda s.a.w.
“Adapun berdasarkan dari kisah yang dinyatakan ini, tidak terdapat dalam mana-mana nas hadis yang boleh ditemui riwayat sebegini dalam pemerhatian saya” tegas Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz, Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
“Oleh itu, saya berpandangan pihak yang mendakwa kisah ini perlu menyatakan sumber ambilan riwayat tersebut. Boleh jadi ia adalah riwayat Israiliyyat atau riwayat yang dipetik dari sumber Ahli Kitab iaitu Yahudi dan Nasrani.”
Dalam hal ini ujarnya lagi, para ulama telah membahagikan kisah israiliyyat kepada tiga cabang iaitu pertama riwayat yang diterima apabila mempunyai sokongan dari dalil hadis yang sahih. Yang kedua, riwayat yang ditolak kerana bercanggah dengan nas yang sahih serta akal yang sihat. Ini disebabkan ada kalanya israiliyyat yang ada dikategorikan boleh mencemar keperibadian para nabi. Oleh itu ia wajib dielakkan.
Manakala yang terakhir riwayat israiliyyat yang tidak diketahui status kebenarannya. Israiliyyat jenis ini lazimnya memasukkan perincian sesuatu nas yang sahih, seperti perincian nama watak yang disebut al-Quran, perincian lokasi dan sebagainya.
“Justeru itu, pada pemerhatian saya, kisah asal berkaitan buroq ini boleh digolongkan dalam kategori israiliyyat jenis ketiga. Maka itu nasihat saya, kita perlu mengelakkan penyebarannya kerana dibimbangi ia tidak benar, atau boleh mengalihkan fokus perbincangan tentang mukjizat Israk dan Mikraj. Bimbang nanti nilai solat atau keajaiban mukjizat Israk dan Mikraj hilang dek sibuknya kita berbicara tentang asal buroq.” Tuntas Abdullah Bukhari.

Dalam pada itu menjawab tentang kisah di atas juga, terdapat riwayat dari Abu Sa’id yang terkandung dalam kitab “Syaraf al-Mustafa” menyatakan, orang yang memegang Baginda s.a.w. untuk naik di atas buroq adalah malaikat Jibril. Manakala orang yang memegang tali kendati buroq ialah malaikat Mika’il.
Dalam riwayat Ma’mar daripada Qatadah daripada Anas disebutkan,
“Sesungguhnya telah didatangkan pada Baginda s.a.w. pada malam israk seekor buroq yang lengkap dengan pelana dan tali kendati, maka buroq tersebut berasa enggan untuk dinaiki. Lalu Jibril berkata padanya,
“Apa yang membuatkan engkau berbuat seperti itu? Demi Allah tidak akan pernah naik ke atas tubuhmu seorang makhluk yang lebih mulia di sisi Allah daripada Baginda s.a.w. Maka itu Rendahkan badanmu”
Hadis ini telah ditakhrij oleh at-Tirmizi yang berkata,
“Hadis ini adalah hadis Hassan Gharib dan dianggap sahih oleh Ibnu Hibban.”
Maka itu jika ingin dikatakan buroq yang terpilih itu terlalu rindu dan cintanya kepada Baginda s.a.w. sebagaimana kisah di atas, sudah pasti buroq itu akan memberi perkhidmatan terbaik sekali kepada Baginda s.a.w. tanpa perlu ditegur oleh Jibril a.s. dan dipegang kendatinya oleh malaikat Mika’il.
Secara langsung menjelaskan bahawa kisah yang disebutkan itu tidak mempunyai asas dan dalil yang tepat. Dan ia mungkin sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam bagi memberi tarikan kepada masyarakat umum. Wallahu a’lam
_____________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare