Sebahagian daripada puluhan motosikal rosak ditimpa runtuhan bangunan.

PULUHAN motosikal yang diletak berhampiran pasar KUD, Tanjungpinang, Riau, rosak selepas ditimpa runtuhan bangunan itu yang roboh awal pagi tadi.

Memetik laporan AntaraNews, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden itu.

Menurut Pengarah BUMD Tanjungpinang, Fahmi, terdapat beberapa buah motosikal turut terjatuh ke dalam laut ketika kejadian berlaku.

Kejadian pasar ikan itu tular di media sosial Indonesia yang menyaksikan puluhan motosikal ditimpa runtuhan bangunan.

Runtuhan yang berlaku hari ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh dua minggu.

Baca artikel berkaitan: Tarikh pembukaan sempadan diumum PM minggu hadapan

Menurut Fahmi walaupun pihaknya pernah memberi amaran kepada peniaga supaya menghentikan operasi di pasar tersebut selepas berlaku runtuhan pada kali pertama, tetapi mereka masih menjual kerana tiada pilihan.

Katanya, peniaga sepatutnya berpindah ke Pasar Mini Bestari yang terletak berhampiran Pasar Ikan KUD Tanjungpinang, tetapi gagal dilaksanakan selepas masih dalam proses pembaikan.

“Terdapat kira-kira 100 meja disediakan di Pasar Ikan KUD Tanjungpinang, dan peniaga sudah diingatkan untuk tidak berniaga buat sementara waktu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram