BANJIR kilat yang agak teruk berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur selepas hujan lebat melanda sehingga menengelamkan banyak kenderaan terutama yang diletakkan di tempat letak kereta.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga jam 5 petang, kawasan-kawasan yang dilaporkan mula dinaiki air adalah di sekitar Balai Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampan, Leboh Ampang, Jalan Raja Laut , Jalan Kia Peng dan Jalan Raja Chulan.

Katanya, selain itu, beberapa paras air sungai yang telah melepasi Paras Amaran
seperti di Sungai Batu2 (Sentul), Sungai Klang 3 (Jambatan Sulaiman), Sungai Klang
4 (Lebuh Pasar) dan Sungai Gombak (Jalan Parlimen).

“Sungai Yang Melepasi Aras Bahaya 1 adalah di Sungai Gombak (Jalan Tun Razak),” kata NADMA dalam kenyataan di Facebook miliknya.

Dalam kenyataan itu, NADMA mengingatkan orang awam agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri ketika banjir berlaku.

BERITA BERKAITAN KKMM luluskan RM100,000 bantu mangsa banjir – Annuar

Menurut tinjauan beberapa pengguna Internet, keadaan banjir agak teruk terutama di Jalan Chan Sow Lin dan Kuchai lama hingga menyebabkan kenderaan tenggelam dan tidka dpaat bergerak.

Seorang pengguna Facebook, Nubailah Muda, 39, berkata, dia bersama suami serta tiga anak terperangkap dalam kereta selepas paras air naik sehingga 0.5 meter di Jalan Kuchai Lama.

“Mohon doakan hujan di Kuala Lumpur segera berhenti. Kami tersangkut dalam banjir,” luahnya.

MET Malaysia pada 1.35 tengah hari telah mengeluarkan amaran ribut petir yang mana ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan berlaku di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang)

Selain itu, ia juga akan berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram