Salah seorang mangsa yang terselamat menerima rawatan daripada bomba. Gambar: Bomba

SEORANG lelaki hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di kawasan Tambun, Simpang Pulai pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 9.40 pagi dan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, pengurus kuari memaklumkan terdapat runtuhan batu melibatkan empat mangsa. Laporan awal komander operasi memaklumkan, dua mangsa dapat menyelamatkan diri, seorang cedera dan seorang hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Banjir Kilat: Tiga kejadian tanah runtuh di ibu negara

Kuari yang runtuh pagi tadi.

Beliau berkata Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) hadir ke lokasi kejadian bagi membantu mencari mangsa yang tertimbus dan operasi pencarian masih lagi dijalankan. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram