Beberapa negeri diramal dilanda hujan lebat. - Gambar MetMalaysia

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 10 pagi ini, demikian amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada 7.05 pagi itu memaklumkan kawasan terlibat ialah di Kedah (Langkawi); Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh); Terengganu (Besut dan Setiu) serta Pulau Pinang.

Baca artikel berkaitan: Banjir: Hampir 1,000 dipindahkan di ibu negara

Turut terlibat ialah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Kuala Lumpur; Putrajaya dan Melaka.

Sementara Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Johor (Tangkak).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra