Sebahagian daripada kanak-kanak menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 Hingga 12 Tahun di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 1,078,539 individu atau 30.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 15,157,782 individu atau 64.4 peratus populasi dewasa negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,931,610 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,208,205 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,833,876 individu atau 91.1 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,934,067 atau 94.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: Pendaftaran PICKids lepasi satu juta, jangan lagi tunggu dan lihat – KJ

Sebanyak 62,983 dos vaksin diberikan semalam meliputi 18,781 dos pertama, 1,817 dos kedua dan 42,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,935,466.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 113 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan 22 kes, diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12), Pulau Pinang (10) dan Pahang, sembilan kes.

Perak pula mencatatkan tujuh kes kematian, Negeri Sembilan (enam), Terengganu (empat), Kelantan (tiga) dan Melaka, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur masing-masing dua kes.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram