Tan Sri Annuar Musa.

RAKYAT Malaysia khususnya di Johor dilihat semakin menolak DAP dan lebih takut sekiranya parti itu kembali berkuasa dalam negara.

Itu pandangan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa apabila melihat ‘keletah’ DAP momokan rakyat dengan bahaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya mendapat mandat.

Menurut Annuar Musa, rakyat kini sudah bijak menilai dan mengenali DAP selepas parti tersebut berjaya memerintah negara menerusi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Selepas 22 bulan diangkat menjadi kerajaan, rakyat menjadi takut dengan segala kerosakan dan kepalsuan yang dibawa mereka.

“Dalam PRU-14, PH yang didalangi DAP muncul dengan pelbagai janji dan hasutan menyebabkan rakyat terkeliru seketika.

“Begitupun, rakyat kini sudah berani menunjukkan jalan kepada DAP bermula sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau semalam.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] PRN Johor: Pengundi muda tidak pilih parti, mahukan calon berintegriti

Mengulas lanjut, Annuar berkata, strategi licik DAP mendalangi parti-parti yang ‘kelihatan Melayu’ tidak akan berjaya lagi waima dalam PRN Johor sekalipun.

Ujar Annuar, beliau yakin BN sebagai parti muafakat berbilang bangsa akan kembali menjadi payung buat seluruh rakyat Malaysia.

“DAP lupa rakyat telah kenal UMNO sejak 1946. Malah, UMNO itu tertubuh di Istana Johor, diasaskan anak Johor dan di Johor mereka istiqamah bersama UMNO sehingga PRU-14,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram