Sedapnya ketayap durian ni. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN KULIT
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

BAHAN INTI
2 cawan air
300 gm kelapa parut muda (ambil putih sahaja)
150 gm gula melaka
70 gm gula pasir
1 sudu besar tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
1 helai daun pandan disiat dan disimpul
2 sudu besar isi durian

CARA MENYEDIAKAN
1.INTI : Masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut.
2.Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan isi durian dan tepung jagung. Masak hingga adunan pekat dan berkilat. Ketepikan.
3.Masukkan semua bahan kulit ke dalam pengisar dan kisar hingga semua sebati, kemudian tapis.
4.Sapukan kuali dengan sedikit minyak dan tuang sesenduk ke dalam kuali leper berbentuk bulat dan dadar nipis.
5.Sudukan inti dan letak atas kulit kuih ketayap tadi dan gulung kemas

Resipi: Nurul Khariani Bakhtiar Afindi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram