Abdul Hadi Awang pada program Ceramah Umum anjuran Pas Kawasan Bakri di Muar malam tadi./Gambar FB Pas

PAS yang bersama dengan Perikatan Nasional (PN) menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan ‘hati yang lapang’.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan ketara di kebanyakan kerusi yang ditandingi parti itu.

“Pas turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi calon-calon PN khususnya yang dikemukakan Pas.

“Sokongan yang diberikan amat bermakna bagi meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan demi kemaslahatan negeri serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: BN kembali berkuasa, peroleh mandat besar bentuk Kerajaan Negeri Johor

Abdul Hadi menambah, Pas turut mengucapkan terima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jentera parti.

Katanya, agensi berkenaan berjaya memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat.

Keputusan PRN Johor semalam menyaksikan Pas hanya berjaya meraih satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam persaingan sengit enam penjuru di situ.

Manakala 14 calon Pas yang bertanding untuk merebut kerusi DUN dalam PRN Johor tumbang ditewaskan calon daripada parti lawan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra