Tak tahu nak masak apa? Kali ini apa kata ubah selera dan cuba resipi sosej roll keemasan yang sedap dan mudah ini. Memang sedap!

BAHAN:
4 keping roti putih
2 sosej ayam – dipotong dua
1 biji telur – dipukul
100gm serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

CARA:
1.Potong roti mengikut saiz sosej dan giling sehingga nipis.
2.Ambil sosej letak di hujung roti dan gulung kemas.
3.Selepas itu, golekkan dalam tepung.
4.Celupkan di dalam telur.
5.Golekkan dalam serbuk roti sehingga rata.
6.Panaskan minyak dan goreng sehingga warna keemasan.
7.Angkat dan hidang bersama sos pilihan anda.

Resepi: Cef Salleh


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram