PENYAMPAI radio Fizi Ali berkongsi luahan sedih apabila hanya mampu menyambut ulang tahun kelahiran puteri sulungnya secara jauh.
Menerusi hantaran video di laman Instagramnya, Fizi memohon maaf kepada anaknya, Ameena Sofia kerana terpaksa meninggalkan hadiah di pondok pengawal berikutan keadaan kesihatan anaknya yang disahkan positif Covid-19 beberapa hari lalu.
“Selamat hari lahir Ameena sayang. Daddy (ayah) letak video dekat sini supaya kalau nanti Daddy dah tak ada, awak ada memori untuk tengok dekat sini.
“Nanti awak dah besar, awak akan faham. Daddy tak pernah lupakan awak walau sesaat.
“Awak nyawa Daddy. Maaf tak dapat jumpa awak sebab Daddy tak nak lagi dituduh jadi pembawa penyakit dekat awak,” ujarnya.
Tambah Fizi lagi, dia turut terkilan dan sedih kerana tidak dapat bertemu Ameena di hari istimewa itu.
“Daddy tak sanggup tengok awk sakit dari jauh. Tak dapat jaga awak,tak dapat sentuh awak. Maafkan Daddy.
“Terima kasih jugak kepada orang yang menyumbang untuk bagi hubungan bapa dan anak jauh. Semoga korang diberkati,” katanya.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai pengikut dan rakan artis yang turut memberi kata-kata semangat kepada Fizi agar tidak terus menyalahkan diri susulan anaknya dijangkiti virus Covid-19.
Untuk info, Ameena kini sedang menjalani kuarantin kendiri bersama ibunya, pelakon Shakilla Khoriri.
Terdahulu, Shakilla memaklumkan keadaan kesihatan Ameena yang kurang baik selepas meluangkan masa bersama dengan bekas suaminya, Fizi Ali dan bertindak pantas dengan mendapatkan rawatan di klinik.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun telah bercerai pada 15 Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang berusia tiga tahun.