Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

ORANG lama UMNO Johor, Tan Sri Shahrir Samad mengakui berasa sungguh malu dengan apa yang berlaku apabila Datuk Ir Hasni Mohammad bukan bakal Menteri Besar.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu, walaupun Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh mendapat mandat rakyat tetapi parti itu tidak berupaya meletakkan Hasni yang merupakan ketua parti di peringkat negeri sebagai ketua kerajaan.

“Taklah sehebat mana UMNO Johor,” katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.

Baca: Hasni: Johor bakal dapat MB baharu

Hasni ‘poster boy’ BN, kekal Menteri Besar jika menang – Ahmad Zahid

Berikut tulisan penuh Shahrir:

Mula-mula cerita itu sampai ke saya secara bisik-membisik.

Saya hanya terdiam.

Tadi (malam tadi), adanya kenyataan media oleh YB Dato Hj Ir Hasni. Bahasanya teratur dan sungguh halus. Tapi ia mengesahkan secara tersirat akan ada pengganti kepada dirinya bagi jawatan Menteri Besar Johor.

Malu saya.

Sepanjang kempen saya ketawakan PN dan PH serta sekutu yang tidak mampu menamakan calon mereka sebagai MB. UMNO sudah pasti dengan Dato Hasni sebagai MB.

Tapi itu tidak cukup kuat. Dan UMNO Johor tidak mampu lakukan apa-apa.

Jadi, saya malu hendak ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia hujung minggu ni.

Boleh dapat mandat rakyat, tapi tidak berupaya meletakkan ketua parti sebagai ketua kerajaan. Taklah sehebat mana UMNO Johor.

Patut saya juga jurucakap UMNO Johor di PAU kali ini. Tapi kalau saya sudah malu nak ke PAU atas nama bahagian UMNO dari negeri Johor, tak ada lah saya nak cakap apa-apa pun.

Maaf kepada rakan-rakan. Saya sungguh malu dengan apa yang sudah berlaku selepas sebuah PRN yang kita menang dengan begitu cemerlang sekali di bawah kepimpinan Dato Hasni.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram