Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir ke Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO untuk terus bekerja untuk bangsa serta rakyat tanpa menyerah kalah.

Perdana Menteri turut menyifatkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebagai barisan pejuang yang tidak pernah luntur semangat dalam memartabatkan bangsa dan cita-cita demi kejayaan negara.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut berharap semua sayap parti terbesar Melayu itu untuk terus bangkit dan mencapai dahan semangat.

“Malam ini bersama tulang belakang parti Wanita UMNO serta sayap Pemuda dan Puteri dalam Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO 2021.

“Inilah barisan pejuang kita, yang pasti tidak pernah luntur semangatnya dalam memartabatkan bangsa dan cita-cita demi kejayaan negara.

“Langkah dengan berani dan penuh amanah serta keikhlasan. Jangan menyerah, bekerjalah untuk bangsa dan rakyat yang amat kita cintai ini.

Baca artikel berkaitan: Tarikh pilihan raya sewajarnya jadi strategi parti – Annuar

“Selamat bersidang saya ucapkan kepada semua pejuang bangsaku,” katanya dalam hantaran di media sosial malam tadi.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Ismail Sabri turut berharap semua perwakilan menggunakan persidangan itu sebagai medan perjuangan membela nasib rakyat sebaik-baiknya.

Menurut beliau, UMNO merupakan nakhoda bangsa yang sentiasa menabur khidmat dan bakti kepada masyarakat.

“Semoga Allah SWT merahmati perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram