GELAGAT seorang lelaki dengan selamba membasuh motosikal ketika kerja-kerja pembaikan paip pecah di sebatang jalan dekat Tambora, Jakarta Barat mencuri perhatian warga maya.
Lelaki itu dilihat meletakkan motosikalnya di dalam kawasan air bertakung bersebelahan paip pecah sambil mencuci kenderaan miliknya.
Video berdurasi 10 saat itu tular di media sosial di Indonesia yang dianggap sebagai satu tindakan memanfaatkan air tersebut daripada membazir begitu sahaja.
Baca artikel berkaitan: Lelaki mati ditembak polis selepas enggan serah diri
Dalam video itu juga jelas kelihatan beberapa kakitangan sedang sibuk membaiki paip bocor itu yang menyebabkan air bertakung di atas jalan raya.
Gelagat menyental motosikal itu dianggap lucu kerana tingkah laku lelaki tersebut tanpa mempedulikan kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan.
Bagaimanapun tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram