Kenderaan milik suspek yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Tempayan, Air Hitam.

POLIS kini giat memburu seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai penagih dan pengedar dadah selepas melarikan diri dalam satu aksi kejar-mengejar di Kampung Tandop Kedabu, Air Hitam, Kedah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan (gambar kecil) berkata, suspek yang memandu sebuah Honda Accord berjaya meloloskan diri selepas dikejar lebih empat kilometer.

Katanya, anggota unit kereta peronda (MPV) polis sebelum itu dalam rondaan cegah jenayah terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota MPV mengejar suspek hampir 10 minit, sebelum bertindak memberhentikan kereta di Jalan Kampung Tandop Kedabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Mengaku polis sebelum curi RXZ, seorang sudah ditangkap seorang lagi diburu

Tambahnya, ketika anggota MPV turun bagi melakukan pemeriksaan, secara tiba-tiba suspek bertindak mengundurkan kenderaan melanggar MPV polis dan memecut melarikan diri.

“Hasil maklumat dan risikan, pada pukul 7 malam, pihak polis telah menemui kenderaan dinaiki suspek yang disembunyikan di belakang sebuah rumah di Kampung Tempayan, Air Hitam.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menemukan satu paket dadah jenis heroin, dua paket lutsinar disyaki dadah jenis syabu dan sebilah pisau,” ujarnya.

Rodzi berkata, dua kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk menyalurkan maklumat di talian Hotline IPD Kubang Pasu 04-9172222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram