Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2021 hari ini. GAMBAR: Ihsan Media UMNO

WANITA UMNO menetapkan lima teras utama yang dipanggil POWER sebagai langkah bersiap-siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, lima teras POWER itu adalah merujuk kepada ‘plan’ (rancang), ‘organise’ (atur), ‘wellbeing’ (kesejahteraan), ‘educate’ (didik) dan ‘ready’ (bersedia).

“Besar harapan saya, apabila semboyan perang dibunyikan, Wanita UMNO telah siap sedia untuk berjuang di medan pertarungan pilihan raya.

“Inilah yang akan menjadi tonggak kekuatan baharu kita, kekuatan bagi meneruskan kesinambungan parti kita. Kekuatan yang akan menarik sokongan rakyat kepada kita.

“Kekuatan yang akan menggerunkan pihak lawan sehingga mereka rasa lemah lagi tidak bermaya. Wanita luar biasa, Wanita POWER!,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2021 hari ini.

Baca artikel berkaitan: Keputusan adakan PRU-15 perlu berhemah – Wanita UMNO

Mengulas mengenai kesemua lima teras tersebut, Noraini berkata, Plan merujuk kepada perancangan yang teliti dan berstruktur merangkumi segala aspek.

Kata beliau, ia termasuk jentera, gerak kerja, kajian sikap, program-program santuni masyarakat yang memberi impak sokongan dan kerja-kerja lapangan bagi menghadapi PRU-15.

Mengenai teras kedua iaitu Organize, Noraini berpendapat, latihan-latihan pilihan raya perlu dibuat segera termasuk menyantuni masyarakat dan pengundi terutama pengundi baharu dan muda.

Menurut beliau, Wanita UMNO juga harus mewujudkan satu suasana yang harmoni dan sejahtera bukan sahaja dalam kalangan jentera tetapi juga masyarakat menerusi Wellbeing.

“Teras keempat iaitu Educate pula perlu disusuli dengan Wanita UMNO menjadi ejen mendidik masyarakat betapa pentingnya memilih sebuah kerajaan stabil dan berpengalaman.

“Teras terakhir iaitu Ready pula, Wanita UMNO perlu sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pilihan raya pada bila-bila masa,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram