Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi lemak tomyam yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

1 cawan beras – basuh bersih dan tuskan
1 cawan santan
½ cawan air
2 ulas bawang merah – tumbuk
2 ulas bawang putih – tumbuk
3 cm halia – hiris nipis
2 batang serai – titik
2 helai daun limau purut – koyak
1 sudu besar pes tom yam
Sedikit minyak masak

CARA
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, serai dan daun limau purut sehingga naik bau.
2.Selepas itu, masukkan pes tom yam, beras dan kacau sebati.
3.Kemudian masukkan air, santan, garam secukup rasa dan kacau sebati.
4.Tanak nasi sehingga masak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram