Jemaah tinggal lebih masa: Syarikat haji, umrah bakal didenda RM27,967

Dari Penulis

PENYEDIA perkhidmatan haji dan umrah akan dikenakan denda SR25,000 (RM27,967) bagi setiap jemaah yang didapati tinggal lebih masa di Arab Saudi selepas tamat tempoh visa mereka.

Jurucakap Direktorat Pasport (Jawazat) di Mekah, Kapten Abdul Rahman Al-Qathami berkata, penalti akan dikenakan ke atas syarikat haji dan umrah kerana mereka bertanggungjawab menghantar balik jemaah sebelum visa mereka tamat.

Menurut Al-Qathami, penyedia perkhidmatan haji dan umrah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menguatkuasakan peraturan visa dengan ketat berikutan lanjutan semula ketibaan jemaah dalam jumlah yang besar.

Ini susulan pembatalan sebahagian besar langkah berjaga-jaga Covid-19 dan protokol pencegahan.

“Wakil beberapa syarikat haji dan umrah sebelum ini telah dipanggil untuk disiasat berhubung pertuduhan pelanggaran terhadap mereka.

“Sebanyak 208 syarikat didapati bersalah melakukan pelanggaran dan hukuman dikenakan ke atas setiap syarikat tersebut.

“Denda minimum terhadap pelanggaran itu akan bermula daripada SR25,000 (RM27,967) bagi setiap jemaah,” katanya sebagaimana lapor Saudi Gazette.

Dalam perkembangan berkaitan, Program Doyof Al-Rahman menyatakan, terdapat beberapa jenis visa elektronik untuk tujuan umrah yang boleh dimanfaatkan jemaah.

Program itu juga mengumumkan nama negara yang boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini.

Negara yang akan mendapat manfaat dari visa pelawat untuk tujuan umrah termasuk

United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, China, Jepun, Jerman, Perancis, Itali, Kazakhstan, Malaysia, Brunei, Andorra, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia , Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Hungary, Belanda dan Greece.

Senarai itu juga termasuk Iceland, Ireland, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Montenegro, Norway, Poland, Portugal, Romania, Rusia, San Marino, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Ukraine, Australia dan New Zealand.

Program Doyof Al-Rahman adalah salah satu daripada program yang telah dilancarkan di bawah Wawasan Saudi 2030.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This