Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

AKTA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diperkasakan dengan agensi itu diberikan kuasa penguatkuasaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebagai contoh, kata Naib Presiden UMNO itu, penguatkuasaan dalam aspek penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda.

“Pelajar asing yang menuntut di dalam negara wajib mengambil subjek bahasa Melayu, saya bercita-cita agar
bahasa Melayu menjadi bahasa kedua ASEAN,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2021 hari ini.

Baca: Wakil Perak gesa UMNO beri sokongan padu kepada PM perkasa bahasa Melayu

Malaysia guna bahasa Melayu untuk setiap urusan rasmi negara – PM

Sementara itu, dalam soal bahasa kebangsaan, Ismail Sabri berkata, UMNO juga mesti menjuarai dalam memartabatkan bahasa Melayu seperti di dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, soal itu juga termaktub dalam perlembagaan UMNO fasal 3.5.

“Sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan bahasa Melayu, justeru tidak ada sebab untuk kita rasa janggal berbahasa Melayu walaupun di pentas antarabangsa kerana ‘Bahasa Jiwa Bangsa’,” katanya.