Program vaksinasi COVID-19 di Malaysia diakui antara terbaik di dunia. GAMBAR: Abd Razak Aid

ORANG kata di Malaysia ini serah bahu sahaja.

Percuma dan semuanya sudah diatur oleh kerajaan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Alhamdulillah, di sebalik kewujudan golongan antivaksin dan dongengan mereka, lebih 97 peratus invidu dewasa di Malaysia tampil menerima suntikan lengkap bagi dos primer.

Namun untuk dos penggalak, peratusan yang mengambilnya kurang menggalakkan – tidak seperti namanya.

Sedangkan dos itu boleh didapati dengan lebih mudah menerusi partipasi klinik-klinik swasta yang berdekatan kediaman masing-masing.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, terdapat lebih satu pertiga populasi dewasa belum menerima dos penggalak.

Katanya, jumlah itu merangkumi 7.5 juta orang atau 34.4 peratus populasi dewasa dengan 835,000 adalah warga emas yang merupakan kumpulan berisiko.

Berdasarkan statistik JKJAV, setakat 20 Februari lalu, Kelantan dan Sabah mencatatkan penerima dos penggalak terendah dengan tidak sampai pun 25 peratus.

Kenapa jadi begitu?

Dan mulai bulan depan, penerima dos primer Sinovac akan kehilangan status lengkap vaksinasi jika tidak mengambil dos peggalak.

Berapa jumlahnya? Ada 2.1 juta penerima vaksin Sonovac untuk dos primer belum mengambil booster.

“Kumpulan ini akan kehilangan status lengkap vaksinasi pada 1 Apr jika tidak menerima booster. Tempah janji temu di My Sejahtera sekarang,” kata Khairy dalam ciap terbaharunya.

Jika alasan bimbang mengambil vaksin berlainan jenama, kerajaan juga menyediakan dos penggalak keluaran Sinovac.

Baca: Penerima Sinovac boleh pilih dapat dos penggalak sama – Khairy

Tempoh sehingga 31 Mac untuk dapatkan dos penggalak adalah muktamad – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. GAMBAR: Abd Razak Aid

Walaupun lebih disyorkan untuk mengambil dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca, Khairy sebelum ini berkata: “lebih baik ada dos penggalak daripada tiada langsung”.

Ibaratnya kalau ke England pada bulan Disember, bawalah baju sejuk tetapi kalau nak pakai baju T juga, tak apalah itu lebih baik daripada tak pakai baju selapis.

Manfaat dos penggalak sudah banyak diuar-uarkan manakala kesan adverse juga sudah diterangkan berkali-kali di peringkat Putrajaya hinggalah Ibu Pejabat WHO di Geneva.

Tiada alasan melainkan sahaja mencari alasan.