Nafkah: Tok Mat sambut baik pengumuman PM, angkat martabat mahkamah syariah

Dari Penulis

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembekuan akaun bank suami bagi memastikan mereka membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak disifatkan langkah tepat dalam membela hak wanita.

Malah, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, keputusan kerajaan itu juga pada masa sama memelihara kedudukan institusi mahkamah syariah.

Menurutnya, ini bagi memastikan setiap keputusan mahkamah syariah dipatuhi dan dapat dikuatkuasakan setelah ramai bekas suami ingkar dalam bab nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak.

“Sebagai bekas Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, memang ramai wanita yang diceraikan datang mengadu masalah ini.

“Jadi apa yang diumumkan Perdana Menteri tadi memang sangat bertepatan. Bukan sahaja membela hak wanita yang diceraikan ini tadi tetapi juga menjaga kedudukan mahkamah syariah.

“Sebelum ini sampai ada bertanya, apa guna ada mahkamah syariah jika keputusannya ada yang ingkar,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2021 di ibu negara hari ini.

Baca: Gaji suami dibeku jika ingkar tuntutan nafkah – Perdana Menteri

DCCK : Bayar nafkah sebaik isteri diceraikan

Pengumuman Ismail Sabri tadi turut menerima tepukan gemuruh terutama daripada perwakilan Wanita dan Puteri yang mencerminkan tindakan tegas dalam membela hak wanita.

Mohamad dalam pada itu menjelaskan hubungan top five atau lima pemimpin tertinggi UMNO sentiasa dalam keadaan baik.

Malah, katanya, dari semasa ke semasa, kelima-lima mereka bertemu dan berbincang soal kepentingan parti.

“Cuma kita ada kalanya tidak hebahkan. Lepas ini Datuk Seri Presiden, kena masuk Facebook setiap kali kita jumpa,” jelasnya.

Beliau dalam pada itu, berkata, pemilihan parti perlu dilakukan selepas sesuatu pilihan raya umum (PRU) bagi mengelakkan pergesaran dalaman.

Katanya, sedangkan untuk memasuki gelanggang PRU, parti perlu berada dalam keadaan terbaik khususnya perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli.

“Jika ini dapat kita lulus, masalah selesai kerana kita bimbang menghadapi PRU selepas pemilihan parti diadakan.

“Sejarah menunjukkan jelas apabila ada pemilihan parti, maka ada perpecahan. Jangan menidakkan perkara ini. Kita tidak mahu parti dalam keadaan tidak baik, bergeseran antara satu sama lain dan berpecah hingga alami pilihan raya lagi,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This