Islam bukan menghukum kejahilan
Sekadar gambar hiasan
  • Inti sesebuah agama terletak pada ketauhidannya. Inilah yang membezakan antara suatu agama dan agama lainnya, atau antara orang yang beragama dengan yang tidak beragama. Perbezaan ini juga boleh terjadi pada pengikut ajaran agama yang sama berdasarkan tahap kedalaman spiritualitasnya.
  • Dengan dunia yang semakin berkembang sama ada dalam bidang sains mahupun pemikiran, proses mencari tuhan itu memang menjadi semakin kritis. Tidak hairanlah pada zaman kini, tidak beragama itu sudah menjadi satu ‘trend’ yang mana ianya dianggap lebih maju dan moden berbanding menganut mana-mana agama. Dalam erti kata menjadi atheis.
  • Kecenderungan orang agama menghukum terlebih dahulu sebelum memahamkan sesuatu perkara menyebabkan anak-anak muda hari ini semakin lama semakin menjauh daripada agama. Ini juga terjadi terhadap agama Islam itu sendiri. Kita lebih senang mengungkapkan yang itu halal dan yang ini haram tanpa menerangkan kenapa begitu dan kenapa begini.
  • Islam itu adalah agama yang memberi rahmat sekalian alam. Apakah dikira rahmat seandainya penganut agama itu semakin lama semakin berkurang? Atau semakin ramai tetapi hanya umpama buih di lautan? Islam itu pada awalnya adalah membebaskan manusia daripada kejahilan sehinggalah munculnya hukum-hukum tertentu. Tetapi pada hari ini kita lebih kepada menghukum terlebih dahulu sebelum membebaskan manusia daripada kejahilan.
  • Proses ketauhidan itu bukan sekadar hanya daripada tidak bertuhan kepada bertuhan, tetapi ianya juga boleh berlaku daripada ragu-ragu menjadi keyakinan yang tidak dapat diganggu gugat. Keimanan yang sangat teguh bermula daripada ilmu yaqin menjadi ainul yaqin, dan akhir sekali menjadi haqqul yakin.
  • Mereka yang sudah tidak beragama atau disebut sebagai atheis, mereka lebih memilih sains sebagai petunjuk kehidupan. Ini kerana, mereka merasa telah menemukan kebenaran di dalam sains dengan kaedah pembuktian secara empiris. Ini tidak dapat tidak, golongan agamawan seharusnya bertindak lebih kehadapan dalam menangani isu seperti ini. Bukan hanya sekadar berdalilkan ayat-ayat suci semata-mata, bahkan harus terjun ke dalam dunia sains untuk mengkaji lebih dalam tentang kebenaran Al-Quran yang dikatakan sebagai mukjizat.
  • Mungkin agak sukar meyakinkan sesetengah orang tentang kewujudan tuhan kerana itu adalah termasuk dalam perkara ghaib yang tidak mampu dicapai dek akal fikiran. Namun dengan hujahan yang tepat pastinya setiap permasalahan ada penyelesaiannya, setiap persoalan punya jawapannya dan setiap penyakit ada ubatnya. Apa yang penting tambahkan ilmu tingkatkan amal.
  • Kita tidak mampu menjadikan seluruh manusia untuk menganut agama Islam mentauhidkan Allah yang Esa. Bukan kita sahaja malah Baginda s.a.w. juga gagal untuk mengislamkan seluruh manusia di zamannya. Akan tetapi, setidaknya di zaman ini, kita masih mampu menyebarkan Islam dan ketauhidan Allah kepada seluruh manusia. Wallahu a’lam

_______________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare