Lim Kit Siang umum persaraan dalam Kongres DAP. - Gambar Twitter Fahmi Fadzil

VETERAN DAP, Lim Kit Siang membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan beliau dan mengundurkan diri daripada arena politik negara hari ini.

Menerusi ciapan di Twitter Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil, Kit Siang mengumumkan persaraannya ketika berucap dalam Kongres Kebangsaan DAP.

Ahli Parlimen Pantai Puteri itu turut memaklumkan beliau tidak akan bertanding dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Parlimen dan negeri.

“Saya umumkan persaraan dalam politik, umum tarik diri Jawatankuasa Tertinggi Pusat (DAP), saya juga tak akan bertanding Parlimen, negeri di masa depan,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Baca artikel berkaitan: DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng hadapi PRU15

Kit Siang yang berusia 81 tahun ketika ini merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri.