KUMPULAN Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang berjudul Korang.

Tidak seperti kebanyakkan lagu-lagu Bunkface sebelum ini, di mana lagunya ditulis sendiri oleh Sam (vokalis) , kali ini Sam berkongsi karyanya bersama penulis yang lain seperti Epul Kuat , Izzy Musa dan Shahir.

Anggota kumpulan Bunkface iaitu Youk dan Pa’an juga turut serta dalam proses penulisan lirik untuk lagu Korang.


“Lagu ini menceritakan mengenai permulaan perjalanan kami sebagai sebuah band yang bergerak secara “independent” sebagai Bunkface.

“Dan kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui bersama-sama dengan peminat dan sahabat rapat di sekeliling kami yang tidak pernah putus berdiri teguh dibelakang Bunkface! Lagu ini adalah untuk korang semua.

“Semua orang ada memori, semua orang ada hati, semua orang ada orang tersayang , semua orang ada korang,” kata Sam.


Lagu Korang telah dilancarkan pada jam 12 pagi 16 Mac lalu di seluruh platform digital rasmi Bunkface.

Manakala muzik videonya pula sudah berada di YouTube rasmi Bunkface sejak 18 Mac lalu.


Muzik video rasmi “KORANG” pula dilancarkan pada jam 9 Malam 18th Mac 2022 di laman YouTube rasmi Bunkface.