Tercari-cari judah minum petang? Apa kata cuba resipi paf oreo krim keju ini. Memang sedap dan pasti seisi keluarga akan menggemarinya.

BAHAN-BAHAN:
10” x 10” paf pastri
1 paket biskut Oreo – hancurkan
250 gm krim keju – dicampur 3 sudu gula
Kuning telur

CARA MENYEDIAKAN:

2.Potong paf pastri 10” x 10” menjadi enam bahagian segi empat tepat.
3.Buat potongan menyerong pada sisi setiap bahagian pastri.
4.Kemudian, sapukan dua sudu krim keju di bahagian tengah pastri.
5.Selepas itu, letak dua sudu oreo yang telah dihancurkan.
6.Lipat bahagian tengah pastri dan ambil jalur pertama pastri di sebelah kiri dan silangkan dengan jalur pertama pastri di sebelah kanan.
7.Teruskan proses menyilang jalur pastri sehingga keseluruhan pastri menutupi inti dibahagian tengah.
8.Sapukan telur kuning pada permukaan paf dan bakar pada suhu 180°C sehingga keperangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram