Cropped shot of a man putting an engagement ring onto his fiancee’s finger outdoors

PERNAH tak anda terfikir, kenapa adanya cincin perkahwinan? Cincin ini biasanya akan disarung pada jari manis. Mengapa bukan pada jari telunjuk, jari hantu atau jari kelengkeng?

Sebenarnya, sejarah cincin perkahwinan itu sendiri tidak begitu jelas. Terdapat dua versi cerita yang sering diperkatakan iaitu sejarah Mesir Kuno dan Rom Kuno.

Namun, bagi sejarawan mereka lebih mempercayai versi Mesir Kuno yang memulakan tradisi cincin pernikahan ini.

Tiga ribu tahun lalu, orang Mesir menggunakan cincin yang diperbuat daripada tulang, gading, akar atau kulit. Cincin pernikahan diibaratkan sebagai sombol cinta tiada akhir (cinta abadi) antara lelaki dan wanita.

Bentuk bulat cincin juga mempunyai falsafah tersendiri. Bentuk lingkaran bulat yang tidak putus melambangkan cinta, keabadian, tanpa awal dan tanpa akhir, walaupun selepas mati.

Manakala lubang di tengah lingkaran cincin pula melambangkan sebuah pintu yang mengarah ke kejadian yang diketahui mahupun tidak diketahui. Memberi cincin pada wanita yang dikahwini bermaksud tanda cinta abadi yang tiada pengakhiran.

Persoalannya, kenapa cincin disarung pada jari manis sahaja? Sebenarnya di tangan mana pun cincin disarung, ia bergantung pada adat dan budaya sesebuah masyarakat.

Bagi kepercayaan kuno Mesir, menyarung cincin pada jari manis tangan kiri kerana jari ini memiliki saluran pembuluh darah khusus yang langsung berhubung ke jantung.

Konsep ini kemudiannya diikuti hingga kini dan diberi istilah ‘vena amoris’ atau ‘vein of love’ yang bererti ‘pembuluh darah cinta’.

Bagi orang Islam, memakai cincin di jari manis merupakan salah satu sunnah Nabi. Rasulullah S.A.W menasihatkan Saidina Ali r.a. selepas dia berkahwin dengan puterinya, (Siti Fatimah r.a.) supaya Saidina Ali memakai cincin di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu, Ali bin Abi Talib berkata: “Rasulullah telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai).

________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/