PELAKON Will Smith membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Chris Rock susulan insiden dia menampar pelawak itu di pentas Academy Awards 2022, baru-baru ini.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda. Saya berada di luar batasan dan saya salah.
“Saya malu dengan tindakan saya. Ia tidak menunjukkan saya seperti seorang lelaki yang saya mahukan,” tulis pelakon dan penerbit itu yang turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard di Instagramnya.
Permintaan maaf itu dibuat selepas Academy of Motion Pictures, badan yang menganugerahkan Oscar mengadakan tinjauan rasmi mengenai insiden mengejutkan itu apabila Smith melempang pelawak dan pelakon berkenaan kerana bergurau mengenai kepala botak isteri Smith, Jada Pinkett Smith.
“Keganasan dalam semua bentuknya adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tindakan saya pada majlis anugerah ini tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.
“Lawak adalah sebahagian daripada kerja, tetapi gurauan mengenai keadaan kesihatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara beremosi,” kata Smith.