CO-OPBANK Pertama (CBP) menyasarkan tambahan sebanyak 2,000 akaun Simpanan-i Salam MyStar dibuka pada tahun 2021-2022.

ORANG ramai berpeluang untuk membawa pulang sebuah Proton X50 dan hadiah-hadiah bernilai RM230,000 sempena Kempen Raya To Raya (#R2R) yang akan bermula 1 April ini.

Kempen anjuran Co-opbank Pertama (CBP) itu akan berlangsung selama enam bulan dan berakhir pada 30 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah set barangan kemas bernilai RM25,000 dan iPhone 13.

“Kempen yang pertama kali diadakan ini melibatkan semua produk dan perkhidmatan CBP seperti Pembiayaan Peribadi-I Al-Yaseer, Pembiayaan Berjangka-I / Kredit Pusingan-I untuk sektor korporat dan koperasi, Pembiayaan Ar-Rahnu, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Deposit-I Berjangka, Akaun Simpanan-i Salam dan Produk Wasiat.

“CBP amat menghargai segala sokongan yang diberikan oleh semua pelanggan dan mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: CBP sasar tambahan 2,000 akaun MyStar

Khairil Anuar menambah, CBP akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua seiring dengan keperluan masyarakat dalam negara.

CBP mempunyai 29 buah cawangan dan outlet Ar Rahnu di seluruh negara termasuk
Sabah dan Sarawak.

CBP menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah termasuk perkhidmatan Ar-Rahnu.