Resipi kerabu daging bakar ini wajib dicuba oleh penggemar juadah kerabu. Rasanya sedap dan mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
300 gm daging | potong kiub besar
1/2 biji timun | potong dadu
2 biji tomato | potong dadu
50 gm kelapa parut putih
2 sudu besar jus limau nipis
5 cm belacan | bakar
2 sudu besar kerisik
5 tangkai cili padi | hiris
2 tangkai cili merah | hiris
3 tangkai ulam raja | hiris
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit

CARA:
1.Lumurkan daging dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian bakar di dalam ketuhar atau salai sehingga daging masak. Apabila daging sudah masak, hiris nipis.
2.Larutkan atau hancurkan belacan bersama jus limau nipis dan satukan dengan timun, tomato, kelapa parut, kerisik, cili padi, cili merah dan ulam raja. Gaulkan ke semua bahan hingga sebati.
3.Akhir sekali, masukkan hirisan daging dan garam secukup rasa. Gaulkan sekali lagi sehingga mesra. Sedia untuk dihidang.

Resipi : Cef Azli Razali

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram