Syukry Radzuan dan Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari menerima Asean Food & Travel Awards 2022 dari Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

DN’S Beauty Solution tanam hasrat lahirkan usahawan bergelar jutawan menerusi produk yang dipasarkan.

Menurut  pengasas DN’S Beauty, Nur Jauhatul Dinnie Binti Mohammad Johari, tahun 2022 menyaksikan syarikat miliknya lebih fokus untuk melahirkan usahawan memandangkan ramai yang hilang sumber pendapatan kerana pandemik yang melanda.

“Kami masih membuka peluang untuk orang ramai yang berminat untuk menjana pendapatan dengan DNS Beauty. Tahun lepas ada dua agen yang telah mencapai jualan lebih RM1 juta dan itu merupakan satu kebanggan kepada kami kerana dapat melahirkan jutawan. Kedua-duanya merupakan surirumah.

Tahun ini kami mahu lahirkan lebih ramai jutawan di DNS Beauty. Jika anda ingin mengubah kehidupan dan membaiki kewangan, kami sangat alu-alukan dan membuka peluang. Kami tahu ramai yang menghadapi kesukaran dalam hal kewangan dan inilah masanya untuk sertai DNS Beauty. Boleh terus hubungi kami di Facebook DNS Malaysia,” ulasnya ketika ditemui pada Anugerah ASEAN Food & Travel 2022.

Syukry Radzuan dan Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari menerima Asean Food & Travel Awards 2022.

Menurut Dinnie, biarpun baru setahun jagung dalam dunia perniagaan, namun berkat pengalaman dan cabaran yang ditempuh, tahun 2021 menyaksikan kerja keras bersama suami membuahkan hasil dengan keuntungan sebanyak RM2.8 juta.

“ Kami bermula lima tahun lepas, sejak 2017. Pada mulanya kami hadapi masalah kewangan dan Ketika itu saya dan suami bekerja dengan bapa. Jadi kami buat keputusan untuk berniaga dengan duit simpanan peribadi.

“Pada awalnya kami menjadi dropship untuk beberapa produk dalam kuantiti yang kecil. Dan saya suarakan pada suami untuk asaskan sebuah produk kecantikan. Kami mula berkira-kira modal yang ada. Jadi berbekalkan RM5000 dari saya dan RM5000 dari suami, kami memulakan perniagaan sendiri.

“Namun kata orang, jika berniaga tanpa ilmu, memang asyik melanggar dinding sahaja. Kami tidak pandai buat promosi dan pemasaran, tidak buat branding. Dan kami ambil keputusan untuk mula timba ilmu perniagaan dan bina kembali apa yang ada.

“Pada awalnya kami sangkakan pandemik ini merupakan pengakhiran, namun Alhamdulillah dengan izin Allah, kami diilhamkan dengan produk vitamin C. Tidak sangka ia mendapat permintaan yang luar biasa kerana wabak yang melanda. Lebih 1 juta produk terjual dengan jumlah keuntungan RM2.8 juta,” kongsinya.

DN’S Beauty turut memberi fokus kepada dua produk yang mendapat permintaan ramai iaitu Superkids dan Glowskin.

“Produk kami terbahagi kepada dua, untuk dewasa dan kanak-kanak. Jika dulu dalam bentuk serbuk, namun kami formulasikan kembali dalam bentuk tablet, Superkids dan Glowskin dengan adunan bahan sunnah seperti kurma, kismis dan susu kambing.

“Kanak-kanak sekarang kurang terdedah dengan makanan sunnah dan atas sebab itu kami mudahkan ibu bapa dengan penyediaan tablet yang terkandung semua khasiat ini,” tambahnya lagi.