SEMPENA Ramadan tahun ini, DÔME Cafe menawarkan promosi istimewa empat set kombo pilihan buat para pelanggan bermula 6 April hingga 2 Mei 2022.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan DÔME, Yusairi Fitri berkata, pihaknya mengetengahkan empat menu sedia ada di kafe bagi memenuhi cita rasa pelanggan pada bulan ramadan.

“Sebenarnya, empat menu tersebut memang ada di DÔME Cafe. Kami faham yang tekak orang melayu biasanya suka makan nasi ketika berbuka puasa.

“Jadi, disebabkan itu kami menyediakan menu nasi dengan harga yang sangat berpatutan untuk setiap hidangan,” katanya kepada UtusanTV ketika ditemui di DÔME Cafe, Suria KLCC.

Empat menu tersebut adalah Stik Salmon pada harga RM49.50, Ayam Panggang Bersama Sos Cendawan pada harga RM31.00, Nasi Lemak Ayam/Daging Rendang’ pada harga RM29.50 dan ‘Catch Of The Day’ pada harga RM40.00.

Malah, setiap pembelian empat menu itu akan dihidangkan bersama kurma dan air teh lemon berharga RM15.00 akan diberikan secara percuma.

Lebih mengujakan, bangsa beragama lain juga boleh menikmati tawaran ini apabila singgah di mana-mana DÔME Cafe yang berhampiran.

Untuk maklumat tambahan, DÔME Cafe terletak di beberapa kawasan seperti di Suria KLCC, Centre Court Pavilion KL, Bangsar Shopping Centre, The Gardens Mall, The Intermark Mall, Subang Parade, IPC Shopping Centre (Ikano), The Curve, Gleneagles Medical Centre, Gleneagles Medini Medical Centre Johor Bharu, Gurney Plaza Penang, Queensbay Mall Penang, Johor Premium Outlets, Genting Highlands Premium Outlets & Mitsui Outlet.