Sebahagian daripada jemaah menunaikan solat tarawih secara rapat saf di Masjid Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

TARAWIH…Masjid seluruh negara kembali meriah sebaik tibanya bulan Ramadan tahun ini apabila umat Islam dibenarkan menunaikan solat tarawih secara berjemaah dengan saf yang kembali dirapatkan.

Walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik, suasana menyambut ketibaan Ramadan tahun ini melaksanakan solat tarawih tetap berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Sebahagian daripada jemaah hadir untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Tinjauan UtusanTV di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur mendapati para jemaah mematuhi SOP ditetapkan seperti membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka dan mendaftar aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum ke masuk ke perkarangan masjid.

Solat tarawih secara berjemaah di masjid tersebut sepanjang 23 rakaat juga berlangsung dalam keadaan harmoni dan tenang dengan imam masjid membaca surah-surah lazim.

Sebahagian daripada jemaah menunaikan solat tarawih secara rapat saf di Masjid Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Umat Islam seluruh negara akan mula berpuasa esok seperti mana pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), semalam.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 1 Ramadan bersamaan 3 April menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Sebahagian daripada jemaah menunaikan solat tarawih secara rapat saf di Masjid Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Kelihatan seorang jemaah meluangkan masa dengan membaca Al Quran sebelum menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada jemaah menunaikan solat tarawih secara rapat saf di Masjid Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid