1.Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam, bulan yang diwajibkan umat Islam berpuasa, ibadah wajib yang merupakan rukun Islam ketiga.

2.Nama ‘RAMADAN’ bermaksud cuaca panas atau panas terik. Sebelum kehadiran Rasulullah S.A.W, orang Arab menandakan ketibaan musim panas yang membahang ini dengan istilah ‘Ramadan’. Daripada situlah asal usul nama bulan Ramadan muncul.

3.Juga dikenali sebagai penghulu bulan iaitu Sayyid Asy-Syuhur, yang menunjukkan bahawa bulan Ramadan adalah bulan paling mulia.

4.Bulan Ramadan adalah bulan di mana kitab suci al-Quran diturunkan. “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….” (al-Baqarah : 185)

5.Puasa di bulan Ramadan mula diamalkan pada tahun ke-2 Hijrah selepas Rasulullah S.A.W mengalihkan kiblat umat Islam dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram di Mekah.

6.Selepas menerima wahyu, Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam memulakan ibadah puasa kali pertama sepanjang tempoh sebulan Ramadan pada tahun kedua Hijrah, menggantikan ibadah puasa yang diamalkan sebelum itu dikenali sebagai puasa Asyura.

7.Ramadan merupakan bulan yang terkandung banyak fadhilat dan kelebihan. Segala amalan dalam bulan ini digandakan pahalanya, pintu langit dan pintu-pintu syurga dibuka. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda : “Apabila sampai bulan Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

8.Ramadan juga menyaksikan perang pertama dalam sejarah Islam. Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah di luar kota Madinah. Ia merupakan pertempuran pertama umat Islam yang bertunjangkan akidah, tauhid dan ketakwaan yang tinggi.

9.Murmansk merupakan sebuah bandar di Rusia yang terletak tidak jauh dari sempadan Norway dan Finland. Cuaca sejuknya agak ekstrim, berada di bawah tahap beku beberapa bulan. Fajar di bandar ini biasanya naik sekitar pukul 1:00 atau 2:00 pagi, dan waktu Maghrib mereka selepas pukul 9:00 malam. Ini bermakna, penduduk Islam di bandar ini akan berpuasa selama lebih 20 jam sehari.

10.Puasa bukan saja sekadar satu ibadah, penyucian dosa, pembersihan jiwa dan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan, tetapi ia juga salah satu bentuk rawatan kepada sistem tubuh badan. Puasa membantu proses pembersihan dan penyahtoksidan dalam badan. Sains juga membuktikan berpuasa bukan saja membantu menurunkan berat, tetapi juga menormalkan kepekaan insulin dan memperlahankan penuaan.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/